Tuesday, June 1, 2021

PERBANDINGAN TEORI KEWUJUDAN MANUSIA MENURUT SARJANA ISLAM DAN BARAT.

 


PROJECT

MPU 31032

PUAN AISHAH MOHAMAD SAID

SESI 2020/2021

NAMA

NO MATRIK

NUR FATIHAH BINTI ROSNIZAM

15BMA20F3002

MUHAMAD AFIQ BIN CHE GHANI

15BMA20F3003

HARITH SYAHMI BIN AHMAD ZAPRI

15BMA20F3020

MUHAMMAD ANIEF ASRIEL BIN MOHAMAD ASRI

15BMA20F3013

 


PERBANDINGAN TEORI KEWUJUDAN MANUSIA MENURUT SARJANA ISLAM DAN BARAT.

Manusia merupakan makhluk istimewa yang wujud di mukabumi ini. Keunikan dari segi kemampuan akal yang membezakan manusia daripada makhluk lain. Wujud fahaman berbeza berkaitan falsafah asal usul kejadian manusia itu sendiri. Kajian demi kajian dilakukan bagi mencari jawapan kepada persolan mengenai asal usul manusia. 

Kejadian Manusia Mengikut Perspektif Barat.

Falsafah Kejadian Manusia dari Perspektif Ahli Falsafah Barat.



Menurut Charles Darwin, proses kejadian manusia adalah berasal daripada binatang, khususnya dari binatang yang berupa mawas manusia. Teori beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana bentuk haiwan yang simple berevolusi untuk menjadi bentuk kompleks. Beliau merumuskan pengalaman-pengalamannya bahawa semua jenis binatang berasal dari ameba, sejenis haiwan yang mempunyai satu sel.

    Dengan proses pertarungan tabbi (semula jadi), organisma yang kompleks telah dihasilkan, yang penting disini ialah Darwin percaya bahawa organisma-organisma atau spesis-spesis yang kompleks berhasil dari nenek moyang yang sama iaitu spesis yang simple. Darwin sendiri sedar bahawa rekod-rekod fosil tidak menyokong lamunannya tetapi menyimpan harapan bahawa penyelidikan seterusnya akan mengisi kekosongan tersebut.

Peringkat Kejadian Manusia menurut Teori Evolusi 



Australopithecus > Homo Eructus > Homo Sapiens (Manusia Moden)


Permasalahan & Ringkasan Teori

Penemuan Ahli Paleontologis, Steven Jay Gould
- Australopithecus, Homo Habilis & Homo Eructus menetap pada masa sama.
- Homo Sapiens Neandertal dan Moden menetap pada masa sama.

Kesimpulannya, dakwaan teori evolusi tidak mempunyai asas & bukti saintifik.


Peranan Manusia menurut Islam & Barat


Islam

i. Untuk beriman dan bertakwa kepada Allah.
ii. Menjadi khalifah di muka bumi.
iii.Mengabdikan diri kepada Allah.
iv. Menuntut keredhaan Allah sebagai “khaliq” supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
v. Mewujudkan perpaduan antara manusia.

Barat

i. Tiada penjelasan atau undang-undang atau peraturan yang jelas.
ii. Berlandaskan akal manusia semata-mata tanpa merujuk kepada hukum yang jelas.
iii.Boleh dipertikaikan khasnya dari sudut unsur roh yang tidak dapat dijawab oleh masyarakat 

Fungsi Manusia menurut Islam & Barat


Islam

i. beriman/patuh kepada suruhan Allah dan meninggalkan larangan.

ii.memakmurkan muka bumi.

iii.mengagihkan kekayaan sama rata.

iv.memelihara bumi daripada kerosakan akibat sikap rakus & tamak manusia.


Barat

i.masyarakat Barat mengutamakan unsur materialistik iaitu keuntungan kebendaan semata-mata.

ii.Mengutamakan”survival” sendiri yang mengenepikan aspek moral untuk mencapai kekayaan/kepuasan duniawi.


Kesan Mempercayai Teori Barat


  • Menolak Allah sebagai Maha Pencipta
  • Menolak kewujudan Nabi Adam sebagai manusia pertama yang dicipta.
  • Memesongkan akidah dan kepercayaan diri.
  • Merendahkan taraf keistimewaan akal manusia sebagai pemberiaan Allah.
  • Terkeluar dari Islam.

Kesimpulan

Konsep manusia sebagaimana yang disebut dalam al_Quran sangat berbeza dengan fahaman dan pegangan secular dari Barat. Al-Quran secara jelas menyatakan mengenai fungsi manusai di muka bumi yang akan diadili di alam akhirat. W/bp dalam mengabdikan diri kepada allah, manusia diseru agar seimbang mencapai kehidupan dunia dan akhirat.




No comments:

Post a Comment

Kewujudan Manusia Mengikut Pandangan Barat Secara Terperinci

  Teori Darwin Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan ya...