Konflik dan kontroversi utama yang paling rancak diperdebat dalam teori evolusi adalah berkaitan proses kejadian manusia. Masyarakat hari ini, khususnya yang berpengetahuan dalam bidang agama tidak menentang teori evolusi atas alasan tidak percaya organisma unisel boleh berevolusi menjadi seekor kambing, tetapi mereka menolak teori ini kerana mengatakan manusia adalah hasil evolusi primat (monyet). Walau bagaimanapun, setelah berpuluh tahun sistem pendidikan sains dan biologi didoktrinkan oleh orang barat, teori ini semakin diterima muslim. Satu tinjauan yang dijalankan oleh Pew Research Centre pada April 2013 terhadap muslim di 22 buah negara mendapati 53% daripada mereka percaya bahawa manusia adalah hasil proses evolusi menurut Pew Report dalam tahun 2013. Perkara ini amat merisaukan kerana mengakui bahawa manusia adalah hasil daripada evolusi adalah menyalahi akidah umat Islam kerana jelas bertentangan dengan apa yang diceritakan dalam Al-Qur’an. Di dalam surah As-Sad, ayat 71-76, Allah SWT berfirman tentang bagaimana Nabi Adam AS yakni manusia yang pertama dicipta dari tanah, jelas menunjukkan bahawa manusia bukanlah terhasil dari proses evolusi seperti yang didakwa oleh saintis barat yang menerima teori evolusi dan pemilihan semulajadi. Malah dalam beberapa ayat Al-Qur’an Allah SWT berulang-ulang berfirman bahawasanya Allah SWT yang mencipta manusia dengan sempurnanya, antara maksudnya:
Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim).
(Surah An-Najm 53:46)
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
(Surah Al-Insan 76:2)
…berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: “Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah SWT yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?
(Surah Al-Kahfi 18:37)
Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya – isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelapgelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah SWT Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?
(Surah Az-Zumar 39:6)
Dalam ilmu embriologi, manusia disamakan dengan makhluk lain kerana perkembangan embrio yang sama sahaja rupanya dengan makhluk bertulang belakang lain. Pengetahuan embriologi ini juga merupakan salah satu asas dalam pembinaan pohon leluhur kehidupan. Hubungkait manusia dengan makhluk lain dapat diperhatikan daripada ayat-ayat pertama ketika Al-Qur’an diturunkan. Kejadian manusia yang berbentuk sama seperti makhluk lain di awal mulanya sebenarnya tidak bercanggah dengan firman Allah SWT:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
(Surah Al-‘Alaq 96:1-2)
Allah SWT menganalogikan kejadian manusia itu seperti asalnya seperti daripada darah beku atau lebih tepat lagi kalimah arabnya ialah ‘alaqah’ iaitu “lintah”. Walau bagaimanapun, perlu ditekankan di sini bahawa Allah SWT telahpun menjelaskan di mana titik tolak perbezaan manusia dengan makhluk lain. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mu’minun ayat 12-14, maksudnya:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Surah Al-Mu’minun 23:12-14)
Nyatalah di sini Allah SWT menegaskan bahawa manusia dalam perkembangannya yang pada mula yang seperti lintah itu berkembang dalam bentuk yang lain dan dengan sifat yang berbeza. Inilah titik tolak beza manusia yang sangat ketara secara fizikal mahupun antomi jika tidak dikirakan elemen rohaniahnya. Secara mutlak, Allah SWT telah meletakkan garis pemisahan antara manusia dan makhluk lain.
ADAM A.S MANUSIA PERTAMA DAN KHALIFAH ALLAH S.W.T DI ATAS
MUKA BUMI
Adam a.s dipilih oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di bumi
untuk menjadi pengurus dan pengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan
syariat dan peraturan Allah S.W.T bersesuaian dengan matlamat penciptaannya
iaitu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
Nabi Adam a.s dijadikan Allah S.W.T berasaskan perancangan
yang sungguh unik, istimewa dan teratur. Beliau dibekalkan pelbagai
keistimewaan seperti tenaga, perasaan, fikiran, ilmu pengetahuan dan lain-lain
lagi untuk melayakkan dirinya sebagai hamba dan khalifahNya di atas muka bumi
ini. Peranan sebagai hamba dan khlaifah di atas bumi adalah satu tugas yang
amat berat dan tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain tetapi hanya
sanggup dipikul oleh manusia sahaja kerana manusia dikurniakan dengan akal
fikiran.
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN MANUSIA
• Manusia mempunyai kesempurnaan kejadian.
• Manusia mempunyai unsur jasmani dan rohani.
• Manusia mempunyai akal fikiran dan nafsu.
• Manusia adalah khalifah Allah S.W.T di bumi.
• Manusia menikmati kemudahan alam tabii.
Sumber Al-quran Dalam Teori Kewujudan Manusia
Dalam surah Az-Zumar ayat 6 Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud:
“Dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu. Kejadian demi
kejadian dalam tiga kegelapan”.
Ahli sains sebenarnya tidak mengetahui bila manusia
mengetahui tentang proses perkembangan manusia dalam uterus(rahim) ibu, tetapi
rajah pertama yang menunjukkan fetus berada dalam uterus telah dilukis oleh
Leonardo da Vinci pada kurun ke-15. Pada kurun ke-2 Masehi, seorang ahli sains
Yunani bernama Gelen mengatakan bahawa plasenta dan membran janin dalam bukunya
berjudul “On The Formation of the Foetus”.
Sehubungan dengan itu, ahli perubatan pada kurun ke-7
berkemungkinan besar mengetahui bahawa embrio manusia terbentuk dalam uterus.
Tetapi tidak mungkin mereka mengetahui bahawa embrio terbentuk secara
berperingkat, walaupun Aristotle telah mengatakan bahawa embrio ayam terbentuk
secara berperingkat pada kurun ke-4. Kesedaran bahawa embrio manusia terbentuk
secara berperingkat tidak pernah dibincangkan sehingga kurun ke -15 Masehi.
Dalam surah Az-Zumah ayat 6 “tiga kegelapan” mungkin merujuk kepada: dinding
uterus, dinding anterior abdomen, dan dinding amniochorionic.
“Dan kami letakkannya dalam tempat yang kukuh”
Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 13, titisan atau
nutfah yang dimaksudkan sebagai sperma, tetapi tafsiran yang lebih bermakna
ialah zigot yang membahagi untuk membentuk blastosis yang menempel pada dinding
uterus(tempat rehat). Tafsiran ini diperkuatkan lagi oleh ayat dalam Al-Quran
“Manusia dicipta daripada titisan yang bercampur.”
“Dan kami jadikan air mani tersebut segumpal darah”
Pernyataan dalam surah 23;14. Perkataan ‘alaqah’ merujuk
kepada pacat. Perkataan ini merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan
bentuk embrio manusia pada hari yang ke 7 hingga ke 24 ketika ia bergantung
kepada edometrium uterus. Embrio pada hari ke 23 hingga ke 24 menyerupa seekor
pacat.
“Lalu alaqah tersebut kami jadikan mudighah”
Kenyataan ini juga terdapat dalam surah 23;14. Perkataan
arab bagi ‘mudighah’ bermaksud bahan yang dikunyah atau benda yang dikunyah.
Pada akhir minggu ke 4, embrio manusia kelihatan seakan-akan daging yang of
flesh. Bentuk seperti kunyahan adalah disebabkan oleh somites yang menyerupai
bekas gigitan gigi. Somites merupakan permulaan pembentukan tulang belakang.
“Dan dari mudighah itu kami jadikan tulang. Dan tulang
tersebut kami bungkus dengan daging.” Sambungan surah Al-Mu’minun ayat 14
menunjukkan bahawa daripada benda yang dikunyah tersebut membentuk tulang. Ini
sebenarnya selaras dengan perkembangan embriologi. Mulanya tulang membentuk
tulang rawan (cartilage) dan kemudian otot (daging) terbentuk daripadanya
mesoderma somatik.
“Kemudian kami jadikan makhluk (yang berbentuk) lain”
Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 14 mengatakan bahawa
tulang dan otot melahirkan makhluk lain. Ini mungkin merujuk kepada embrio
berbentuk manusia yang terbentuk pada minggu ke 8. Pada masa itu, ia mempunyai
sifat-sifat khusus manusia dan mempunyai semua bakal organ dalaman dan luaran.
Selepas 8 bulan ianya dinamakan fetus.
“Dia menjadikan bagimu pendengaran , penglihatan, dan hati”
Surah As-Sajadah ayat 9 menunjukkan bahawa organ deria
tertentu seperti pendengaran, penglihatan dan perasaan terbentuk. Alat
pendengaran terbentuk sebelum terbentuknya alat penglihatan dan otak.
“Kemudian dari mudighah yang sempurna kejadiannya dan yang
tidak sempurna kejadiannya.” Surah Al-Hajj ayat 5 menunjukkan bahawa embrio
mengandungi tisu yang telah mengalami proses pembezaan dan yang belum berlaku
proses pembezaan. Umpamanya apabila tulang rawan telah mengalami proses
pembezaan, tetapi tisu sambungan embrio yang berada di sekitarnya belum lagi
mengalami perbezaan. Tisu-tisu ini kemudiannya membeza menjadi otot dan ligamen
yang berpaut pada tulang.
Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus
Rujukan
Basmeih, Al-Qur’an. 2001. Tafsir Pimpinan al-Rahman. Kuala
Lumpur: Darul Fikir.
Az-Zindani, A.M.A. 2010. Kitab Tauhid: diperakui oleh fakta
sains. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn Bhd.
Beddall, B. G. 1968. Wallace, Darwin, and the Theory of
Natural Selection. Journal of the
History of Biology 1 (2): 261–323
Charlesworth, Deborah and Brian. 2003 Evolution. Oxford
University Press: 7
Rahim, F. Mohamed, F. & Mohd Salleh, K. 2010. Metodologi
dalam Sains Tauhidik:
suatu suap balik penjelasan ayat. Hlm. 56-64. Prosiding
Bengkel Pengajaran
Sains Tauhidik, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. ISBN:
978-967-5878-04-6.
http://falsafahkejadianman.blogspot.com/2007/03/kejadian-manusia-berdasarkan-sumber-al.html?m=1
No comments:
Post a Comment