Wednesday, July 7, 2021

Kewujudan Manusia Mengikut Pandangan Barat Secara Terperinci

 

Teori Darwin

Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kehidupan lain kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab untuk mentadbir alam ini. Manusia terdiri daripada tiga unsur, antaranya ialah: mind, body, dan spiritual. Dengan kata lain, manusia terdiri daripada akal/minda, biologikal/fizikal, dan roh. Dengan adanya otak yang dapat berfikir dengan baik, manusia menjadi pemimpin di kalangan semua haiwan/makluk yang ada di alam/bumi. Komponen fizikal merangkumi semua organ/anggota tubuh manusia serta bahagian lain yang zahir/dapat dilihat dan dipegang secara langsung. Manakala komponen roh(hani) pula komponen yang wujud tetapi tidak dapat diperhatikan secara zahir/fizikal yang kekal ada dalam setiap manusia. Roh yang mendorong manusia mencipta/mencari sistem kepercayaan. Fikiran pula merupakan kebolehan untuk menilai dan bertindak secara logik/rasional. Terdapat dua teori yang membincangkan falsafah kejadian manusia. Antaranya ialah teori mengikut agama Islam dan teori evolusi Darwin dari Barat. Kedua-dua teori ini mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan dengan falsafah kejadian manusia. Teori mengikut agama Islam telah dijelaskan di atas. Seterusnya pula kita bincangkan teori evolusi Darwin dari Barat.

Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin. Charles Darwin adalah dari lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi. Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia. Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak dan menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian pernah terjadi. Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi menemui fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk kera dengan manusia sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk melengkapi teori Darwin.

Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia disebut Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia manakala erectus bermaksud berdiri.). Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari manusia kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia kurang dari 1000cc. Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti teori bahawa manusia itu marupakan hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi fosil yang ditemui memperkuatkan teori Darwin.

Umum mengetahui, bahawa Charles Darwin adalah pengasas Teori Evolusi, walaupun banyaknya tidak masak dengan ilmu kaji hayat, sekalipun mengamalnya, inikan pula melaksanakan proses-proses sains memerhati dan mengujikajinya. Akan tetapi, jarang sekali menyebut bersama-sama akan pengukuh kepada teori ini, atau lebih dikenali sebagai penemu bersamanya (co-founder) iaitu Alfred Russel Wallace. Malah perbincangan perdana ke atas penyangkalan teori ini langsung tidak dibayangi penemuan Wallace.

             Apa yang nyata, daripada sudut pandang ahli biologi, pemerhatian seperti yang dicatatkan Wallace (Wallace 1823-1913) sebagai orang yang lebih banyak waktunya di lapangan menjadi ahli sains kaji hayat lapangan (field biologist/field scientist) berbanding Darwin dalam penjelajahan Beagle, merupakan sesuatu yang boleh diterima akal bagi sesiapa sahaja yang membuat cerapan ke atas alam sepertinya. Begitu juga, tidak ramai yang membincangkan bersama akan teori yang menyempurnakan teori-teori evolusi dan kemajuan alat yang mengukuhkannya iaitu bermula dengan penemuan Gregor Mendel (seorang paderi) ke atas pewarisan baka sehingga penemuan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) oleh James D. Watson.

Istilah “evolusi” menjadi satu perkataan yang seolah-olah haram disebut atau tidak perlu difahami oleh orang beriman pada hari ini. Istilah ini menjadi titik tolak perbezaan dan perdebatan besar yang hangat diperkatakan di kalangan saintis dan agamawan, Islam terutamanya. Evolusi boleh dedifinisikan sebagai perubahan ciriciri yang diwarisi oleh populasi hayat dari generasi ke generasi. Walau bagaimanapun, pergeseran yang timbul bukanlah disebabkan definisi ini, tetapi mekanisma teori ini sendiri. Charles Darwin, seorang ahli biologi dan geologi yang berasal dari Britain adalah nama yang tidak boleh dipisahkan lagi daripada teori ini. Darwin sebenarnya bersama-sama Alfred Russel Wallace telah mencetuskan kontroversi dalam dunia sains apabila mencadangkan prinsip Natural Selection ataupun Pemilihan Semulajadi sebagai mekanisma utama dalam teori evolusi. Secara ringkasnya, mengikut prinsip

Pemilihan Semulajadi ini, semua hidupan, termasuk manusia, tumbuhan, haiwan dan lain-lain berasal dari organisma unisel (single celled organism) yang berevolusi secara kebetulan. Teori ini mempunyai akarnya daripada Teori Permulaan Hidupan atau The Beginning of Life yang cuba merungkai persoalan kewujudan bahan asas kehidupan di muka bumi ini iaitu air.


Faktor Pencetusan Teori Darwin

Faktor utama yang menyumbang kepada pencetusan teori pemilihan semulajadi oleh Darwin ini ialah selepas cerapan yang dijalankan olehnya sendiri di Pulau Galápagos di dalam pengembaraan H.M.S. Beagle dengan melihat burungburung yang memiliki jenis paruh yang berbeza-beza. Pada mulanya, Darwin menganggap bahawa burung di Pulau Galápagos itu hanyalah jenis yang berbeza sahaja dari burung yang dicerap di tempat lain, tapi tidak mengetahui bahawa ianya adalah spesies endemik berbeza yang hanya terdapat di Pulau Galápagos. Setelah pulang dari pengembaraan H.M.S Beagle, beliau telah menyerahkan spesimen burung-burung Pulau Galápagos kepada John Gould yang merupakan pakar taksonomi burung, yang seterusnya menyatakan bahawa burung-burung itu merupakan spesies endemik yang belum pernah direkodkan. Perkara ini (selain pemerhatian Darwin terhadap teritip, burung merpati dan Orang Utan) menjadi punca utama Charles Darwin menggariskan 5 teori asas yang perlu berlaku secara serentak bagi membolehkan prinsip Pemilihan Semulajadi untuk berlaku di dalam bukunya ‘On the Origin of Species’:

i) Prinsip yang pertama ialah evolusi, iaitu sebarang hidupan (spesies) boleh wujud dan bertahan merentas masa, dan sepanjang kewujudan mereka, mereka berevolusi atau berubah.

ii) Prinsip kedua ialah, asas keturunan yang sama atau common descent iaitu setiap organisma adalah terhasil dari satu moyang (ancestor) yang sama atau beberapa moyang yang telah mencapah menjadi organisma yang berbeza-beza.

iii) Prinsip ketiga ialah kebolehan organisma untuk berganda, iaitu kepelbagaian hidupan yang ada pada hari ini adalah berasal dari satu populasi induk yang telah berganda yang seterusnya berpecah menjadi dua populasi dan berpecah lagi seterusnya berbillion tahun yang lampau

iv) Prinsip keempat ialah pengumpulan, iaitu perubahan evolusi yang berlaku secara perlahan-lahan di dalam populasi merentas masa.

v) Prinsip terakhir ialah pemilihan semulajadi, iaitu perubahan evolusi yang membuatkan individu berbeza, menjadi titik tolak sama ada individu itu mampu bertahan untuk hidup atau tidak (survival of the fittest).


Alfred Russel Wallace, seorang naturalis dari Britain, ialah seorang ahli biologi yang sering dilupakan apabila idea mengenai evolusi dibincangkan, sedangkan cerapan yang dilakukan oleh Wallace adalah jauh lebih ilmiah dan 347 menepati kaedah saintifik berbanding Darwin. Pada tahun 1848, Wallace telah menjelajah hutan Amazon di Amerika Selatan bagi mengkaji dan mengumpul specimen flora dan fauna di sana dan beliau mendapati kepelbagaian morfologi, kelakuan dan mekanisma pertahanan diri yang dimiliki oleh haiwan dan tumbuhan di sana adalah sangat unik. Sebagai contoh, kebolehan mangsa bersembunyi dari pemangsa dengan penyamaran (camouflage), bentuk paruh burung yang khas sesuai untuk mencari makanan dan banyak lagi. Cerapan ini telah membuatkan Wallace mencetuskan teori Pemilihan Semulajadi, di mana sebagai contoh haiwan mangsa semakin pandai mengelak dan bersembunyi dari pemangsa dari generasi ke generasi. Teori ini telah diterbitkan secara serentak bersama-sama teori Charles Darwin pada tahun 1858. Walaupun kedua-dua mereka bersetuju tentang prinsip Pemilihan Semulajadi ini, tetapi Darwin menekankan bahawa persaingan antara individu adalah kuasa utama penggerak evolusi, berbeza dengan Wallace yang berpendapat bahawa perubahan yang berlaku adalah adaptasi organisma terhadap perubahan sekeliling.

Golongan Neo-Darwinisma, iaitu golongan pengukuh teori selepas penemuan Mendel dan Watson menyatakan bahawa tiga syarat mesti dipenuhi untuk membolehkan prinsip Pemilihan Semulajadi berlaku: 1) perlu ada pembiakan yang menghasilkan anak atau keturunan; 2) keturunan yang dihasilkan perlu berbeza dari generasi induk disebabkan mutasi; dan 3) mutasi secara kebetulan akan menghasilkan perbezaan dengan generasi induk yang membolehkan mereka hidup dengan lebih baik dan terus membiak. Dalam erti kata lain, Darwin berhujah dengan mengatakan perbezaan yang terhasil dari prinsip Pemilihan Semulajadi ini adalah disebabkan impuls dan kecenderungan adaptasi terhadap perubahan persekitaran. Sebagai contoh, seekor monyet tidak boleh melahirkan seorang manusia, tapi monyet ini boleh melahirkan anak monyet yang lebih menyerupai manusia. Anak monyet ini pula akan melahirkan anak yang lebih lagi menyerupai manusia dan seterusnya sehingga wujud manusia seperti hari ini.

Video Teori Kewujudan Manusia Mengikut Pandangan barat 



Rujukan 

Wallace, A.R. 1823-1913. Island Life, or, The Phenomena and Causes of Insular Faunas and Floras, Including Revision and Attempted Solution of the Problem of Geological Climates. 526 hlm. ISBN-13: 978-0-226-04503-0.

Sulloway, Frank J. 1982. The Beagle collections of Darwin's finches (Geospizinae), Bulletin of the British Museum (Natural History), Historical Series 43 (2): 49–94

 Wallace, Alfred. On the Tendency of Varieties to Depart Indefinitely From the Original Type. The Alfred Russel Wallace Page hosted by Western Kentucky University. Archived from the original on 29 April 2007. (diakses pada 18 March 2014).

http://falsafahkejadianman.blogspot.com/2007/03/falsafah-kejadian-manusia-mengikut.html?m=1



Kewujudan Manusia Mengikut Pandangan Islam Secara Terperinci

Konflik dan kontroversi utama yang paling rancak diperdebat dalam teori evolusi adalah berkaitan proses kejadian manusia. Masyarakat hari ini, khususnya yang berpengetahuan dalam bidang agama tidak menentang teori evolusi atas alasan tidak percaya organisma unisel boleh berevolusi menjadi seekor kambing, tetapi mereka menolak teori ini kerana mengatakan manusia adalah hasil evolusi primat (monyet). Walau bagaimanapun, setelah berpuluh tahun sistem pendidikan sains dan biologi didoktrinkan oleh orang barat, teori ini semakin diterima muslim. Satu tinjauan yang dijalankan oleh Pew Research Centre pada April 2013 terhadap muslim di 22 buah negara mendapati 53% daripada mereka percaya bahawa manusia adalah hasil proses evolusi menurut Pew Report dalam tahun 2013. Perkara ini amat merisaukan kerana mengakui bahawa manusia adalah hasil daripada evolusi adalah menyalahi akidah umat Islam kerana jelas bertentangan dengan apa yang diceritakan dalam Al-Qur’an. Di dalam surah As-Sad, ayat 71-76, Allah SWT berfirman tentang bagaimana Nabi Adam AS yakni manusia yang pertama dicipta dari tanah, jelas menunjukkan bahawa manusia bukanlah terhasil dari proses evolusi seperti yang didakwa oleh saintis barat yang menerima teori evolusi dan pemilihan semulajadi. Malah dalam beberapa ayat Al-Qur’an Allah SWT berulang-ulang berfirman bahawasanya Allah SWT yang mencipta manusia dengan sempurnanya, antara maksudnya: 


Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim). 

                                                                                                                            (Surah An-Najm 53:46)

 Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. 

                                                                                                                                (Surah Al-Insan 76:2) 

…berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: “Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah SWT yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? 

                                                                                                                                (Surah Al-Kahfi 18:37) 

 Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya – isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelapgelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah SWT Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? 

                                                                                                                                (Surah Az-Zumar 39:6)

 Dalam ilmu embriologi, manusia disamakan dengan makhluk lain kerana perkembangan embrio yang sama sahaja rupanya dengan makhluk bertulang belakang lain. Pengetahuan embriologi ini juga merupakan salah satu asas dalam pembinaan pohon leluhur kehidupan. Hubungkait manusia dengan makhluk lain dapat diperhatikan daripada ayat-ayat pertama ketika Al-Qur’an diturunkan. Kejadian manusia yang berbentuk sama seperti makhluk lain di awal mulanya sebenarnya tidak bercanggah dengan firman Allah SWT:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 

                                                                                                                            (Surah Al-‘Alaq 96:1-2)

             Allah SWT menganalogikan kejadian manusia itu seperti asalnya seperti daripada darah beku atau lebih tepat lagi kalimah arabnya ialah ‘alaqah’ iaitu “lintah”. Walau bagaimanapun, perlu ditekankan di sini bahawa Allah SWT telahpun menjelaskan di mana titik tolak perbezaan manusia dengan makhluk lain. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mu’minun ayat 12-14, maksudnya: 

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. 

                                                                                                                (Surah Al-Mu’minun 23:12-14)

            Nyatalah di sini Allah SWT menegaskan bahawa manusia dalam perkembangannya yang pada mula yang seperti lintah itu berkembang dalam bentuk yang lain dan dengan sifat yang berbeza. Inilah titik tolak beza manusia yang sangat ketara secara fizikal mahupun antomi jika tidak dikirakan elemen rohaniahnya. Secara mutlak, Allah SWT telah meletakkan garis pemisahan antara manusia dan makhluk lain.


ADAM A.S MANUSIA PERTAMA DAN KHALIFAH ALLAH S.W.T DI ATAS MUKA BUMI

Adam a.s dipilih oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di bumi untuk menjadi pengurus dan pengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan syariat dan peraturan Allah S.W.T bersesuaian dengan matlamat penciptaannya iaitu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

 

Nabi Adam a.s dijadikan Allah S.W.T berasaskan perancangan yang sungguh unik, istimewa dan teratur. Beliau dibekalkan pelbagai keistimewaan seperti tenaga, perasaan, fikiran, ilmu pengetahuan dan lain-lain lagi untuk melayakkan dirinya sebagai hamba dan khalifahNya di atas muka bumi ini. Peranan sebagai hamba dan khlaifah di atas bumi adalah satu tugas yang amat berat dan tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain tetapi hanya sanggup dipikul oleh manusia sahaja kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran.

 

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN MANUSIA

• Manusia mempunyai kesempurnaan kejadian.

• Manusia mempunyai unsur jasmani dan rohani.

• Manusia mempunyai akal fikiran dan nafsu.

• Manusia adalah khalifah Allah S.W.T di bumi.

• Manusia menikmati kemudahan alam tabii.


Sumber Al-quran Dalam Teori Kewujudan Manusia

Dalam surah Az-Zumar ayat 6 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

 

“Dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu. Kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan”.

Ahli sains sebenarnya tidak mengetahui bila manusia mengetahui tentang proses perkembangan manusia dalam uterus(rahim) ibu, tetapi rajah pertama yang menunjukkan fetus berada dalam uterus telah dilukis oleh Leonardo da Vinci pada kurun ke-15. Pada kurun ke-2 Masehi, seorang ahli sains Yunani bernama Gelen mengatakan bahawa plasenta dan membran janin dalam bukunya berjudul “On The Formation of the Foetus”.

Sehubungan dengan itu, ahli perubatan pada kurun ke-7 berkemungkinan besar mengetahui bahawa embrio manusia terbentuk dalam uterus. Tetapi tidak mungkin mereka mengetahui bahawa embrio terbentuk secara berperingkat, walaupun Aristotle telah mengatakan bahawa embrio ayam terbentuk secara berperingkat pada kurun ke-4. Kesedaran bahawa embrio manusia terbentuk secara berperingkat tidak pernah dibincangkan sehingga kurun ke -15 Masehi. Dalam surah Az-Zumah ayat 6 “tiga kegelapan” mungkin merujuk kepada: dinding uterus, dinding anterior abdomen, dan dinding amniochorionic.

 

“Dan kami letakkannya dalam tempat yang kukuh”

Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 13, titisan atau nutfah yang dimaksudkan sebagai sperma, tetapi tafsiran yang lebih bermakna ialah zigot yang membahagi untuk membentuk blastosis yang menempel pada dinding uterus(tempat rehat). Tafsiran ini diperkuatkan lagi oleh ayat dalam Al-Quran “Manusia dicipta daripada titisan yang bercampur.”

 

“Dan kami jadikan air mani tersebut segumpal darah”

Pernyataan dalam surah 23;14. Perkataan ‘alaqah’ merujuk kepada pacat. Perkataan ini merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bentuk embrio manusia pada hari yang ke 7 hingga ke 24 ketika ia bergantung kepada edometrium uterus. Embrio pada hari ke 23 hingga ke 24 menyerupa seekor pacat.

 

“Lalu alaqah tersebut kami jadikan mudighah”

Kenyataan ini juga terdapat dalam surah 23;14. Perkataan arab bagi ‘mudighah’ bermaksud bahan yang dikunyah atau benda yang dikunyah. Pada akhir minggu ke 4, embrio manusia kelihatan seakan-akan daging yang of flesh. Bentuk seperti kunyahan adalah disebabkan oleh somites yang menyerupai bekas gigitan gigi. Somites merupakan permulaan pembentukan tulang belakang.

 

“Dan dari mudighah itu kami jadikan tulang. Dan tulang tersebut kami bungkus dengan daging.” Sambungan surah Al-Mu’minun ayat 14 menunjukkan bahawa daripada benda yang dikunyah tersebut membentuk tulang. Ini sebenarnya selaras dengan perkembangan embriologi. Mulanya tulang membentuk tulang rawan (cartilage) dan kemudian otot (daging) terbentuk daripadanya mesoderma somatik.

 

“Kemudian kami jadikan makhluk (yang berbentuk) lain”

Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 14 mengatakan bahawa tulang dan otot melahirkan makhluk lain. Ini mungkin merujuk kepada embrio berbentuk manusia yang terbentuk pada minggu ke 8. Pada masa itu, ia mempunyai sifat-sifat khusus manusia dan mempunyai semua bakal organ dalaman dan luaran. Selepas 8 bulan ianya dinamakan fetus.

 

“Dia menjadikan bagimu pendengaran , penglihatan, dan hati”

Surah As-Sajadah ayat 9 menunjukkan bahawa organ deria tertentu seperti pendengaran, penglihatan dan perasaan terbentuk. Alat pendengaran terbentuk sebelum terbentuknya alat penglihatan dan otak.

 

“Kemudian dari mudighah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya.” Surah Al-Hajj ayat 5 menunjukkan bahawa embrio mengandungi tisu yang telah mengalami proses pembezaan dan yang belum berlaku proses pembezaan. Umpamanya apabila tulang rawan telah mengalami proses pembezaan, tetapi tisu sambungan embrio yang berada di sekitarnya belum lagi mengalami perbezaan. Tisu-tisu ini kemudiannya membeza menjadi otot dan ligamen yang berpaut pada tulang.


Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus



 

Rujukan 

Basmeih, Al-Qur’an. 2001. Tafsir Pimpinan al-Rahman. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Az-Zindani, A.M.A. 2010. Kitab Tauhid: diperakui oleh fakta sains. Kuala Lumpur:

Pustaka Salam Sdn Bhd.

Beddall, B. G. 1968. Wallace, Darwin, and the Theory of Natural Selection. Journal of the

History of Biology 1 (2): 261–323

Charlesworth, Deborah and Brian. 2003 Evolution. Oxford University Press: 7

Rahim, F. Mohamed, F. & Mohd Salleh, K. 2010. Metodologi dalam Sains Tauhidik:

suatu suap balik penjelasan ayat. Hlm. 56-64. Prosiding Bengkel Pengajaran

Sains Tauhidik, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. ISBN: 978-967-5878-04-6.

http://falsafahkejadianman.blogspot.com/2007/03/kejadian-manusia-berdasarkan-sumber-al.html?m=1


Sunday, June 6, 2021

Tujuan Kelahiran Manusia

 

Tujuan Kelahiran Manusia mengikut Islam & Barat

Segala sesuatu yang ada di dunia ini merupakan penciptaan dari Allah yang Maha Kuasa. Termasuk dari segala apa yang diciptakannya tidak satu pun memiliki tujuan dan manfaat. Semut hewan yang kecil saja terdapat manfaat diciptakannya semut dalam islam. Termasuk terhadap proses penciptaan manusia yang ada di muka bumi ini beserta segala isi alam semesta.

Air yang mengalir dengan siklus di kehidupan manusia, hewan-hewan yang terus berkembang sebagai pengelengkap hidup manusia, dan lain sebagainya. Penicptaan tersebut Allah ciptakan semata-mata untuk kebaikan hidup manusia pula.

Untuk bisa bersyukur dan menghayati betapa besarnya karunia Allah pada manusia, maka itu perlu kiranya manusia mengetahui apa tujuan penciptaan dirinya atau tujuan hidup menurut islam sesuai apa yang dikatakan oleh Allah. Dengan mengetahui hakikat penciptaan manusia, maka manusia akan mengarahkan hidupnya untuk tujuan hidup yang telah Allah tentukan serta berusaha sekuat mungkin untuk mendapatkan akhir terbaik dari tujuan hidupnya. Berikut adalah penjelasan mengenai tujuan penciptaan manusia :

Mengabdi Kepada Allah SWT Sebagai Illah

”Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku” (QS Adzariyat : 54)

Allah adalah Zat Yang Maha Agung yang menciptakan manusia. Allah menciptakan manusia dengan kekuasaanya dan kemaha dahsyatannya membuat manusia tidak ada pilihan selain dari mengabdi dan melakukan apa yang Allah inginkan. Bahkan ketika memilih untuk tidak taat  dan patuh pun manusia lah yang akan merugi. Allah telah memberikan jalan terbaik dan dampak yang baik akan didapatkan oleh manusia. Untuk itu akan sangat banyak manfaat beriman kepada Allah SWT yang akan menyelamatkan bukan menyesatkan kita.

Konsep manusia menurut islam semata-mata untuk mengabdi atau melaksanakan ibadah kepada Allah. Ibadah sendiri berasal dari kata Abada yang artinya adalah sebagai budak. Untuk itu manusia hakikatnya adalah sebagai budak atau hamba dari Allah. Seorang budak atau hamba tidak lain pekerjaannya adalah mengikuti apa kata majikannya, menggantungkan hidup pada majikannya, dan senantiasa menjadikan perkataan majikannya sebagai tuntunan hidupnya.

Perintah Allah untuk taat dan menyembah Allah adalah sebagai bentuk kasih sayang Allah agar manusia tidak merugi. Ketika manusia menyembah atau menjadikan hal lain sebagai Illah atau Tuhannya, maka dia tidak akan mendapatkan apa-apa selain kerugian. Untuk itu Allah memerintahkan manusia untuk beriman pada rukun iman dan melaksankaan rukun islam sebagai tuntunan dasar islam.

Di zaman dahulu ada masyarakat yang menyembah berhala berupa patung. Tentunya orang tersebut merugi karena patung yang merupakan batu atau benda mati, tidak bisa berbuat apapun malah berbicara pun tidak bisa. Manusia yang menjadikan kebebasan diri dan hawa nafsu sebagai tuhannya juga akan malah merugi. Hawa nafsu dan kebebasan manusia tidak bisa menuntun manusia malah akan menyesatkan. Untuk itu, Manusia seharusnya menjadi raja bagi kebebasan dan hawa nafsunya bukan justru diperbudak.

Contohnya sudah banyak, seperti minum-minuman keras, pergaulan bebas, dan lain sebagainya membuat manusia akhirnya malah tersesat dan terperosok. Bukan menjadi baik dan teratur hidupnya malah justru sebaliknya.

Menjadi Khalifah fil Ard dan Tidak Berbuat Kerusakan di Muka Bumi

Tugas manusia adalah menjadi khalifah di muka bumi. Khalifah sendiri bisa bermakna pemimpin atau penggganti. Misi ini adalah hakikat manusia menurut islam yang harus dilakukan. Untuk mengetahui apa sebetulnya makna khalifah maka perlu memahaminya lebih dalam lagi dengan pendekatan ayat Al-Quran.

  1. Manusia Menjadi Pemimpin-Pengelola di Muka Bumi

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS : Al Baqarah : 30)

Bentuk pengabdian manusia kepada Allah salah satunya adalah menjalankan misi hidupnya sebagaimana yang telah Allah berikan untuk menjadi Khalifah fil Ard. Khalifah artinya adalah pemimpin. Tugas pemimpin adalah mengelola dan memperbaiki agar hal yang diatur dan dipimpinnya menjadi baik. Pemimpin atau Khalifah bukan arti sebagai status yang menjalankannya hanya orang-orang tertentu.

Khalifah di muka bumi dilakukan oleh semua orang dan di semua lingkup. Keluarga, pekerjaan, lingkungan sekitar, masyarakat, dan negara adalah lingkup dari khalifah fil ard. Untuk menjalankannya maka kita membutuhkan ilmu pengetahuan dan skill untuk bisa berkarya bagi kelangsungan dan kelancaran kehidupan manusia di bumi menjadi seimbang atau mengalami kerusakan.

  1. Manusia Tidak Berbuat Kerusakan dan Melakukan Keadilan

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan (QS. Al-Qasas [28] : 77)

Sebagaimana ayat diatas maka manusia sebagai khalifah dilarang untuk berbuat kerusakan, kejahatan yang mampu merusak keadilan dan kemakmuran di muka bumi, termasuk menjaga pergaulan dalam islam yang sudah diatur untuk umat islam. Jika kerusakan tetap dilakukan oleh manusia maka yang merugi adalah manusia itu sendiri. Tentunya manusia yang menggunakan akal dan taat kepada Allah akan sadar untuk tidak berbuat kerusakan di semua aspek kehidupannya. Apa yang Allah berikan sudah banyak dan tidak ada kurang satu apapun.

  1. Menegakkan Keadilan Antar Sesama Manusia

Sebagaimana yang disampaikan di ayat berikut, bahwa keadilan dan hak-hak manusia perlu dijaga keadilan dan keseimbangannya oleh umat manusia. Menjadi khalifah fil ard bukan hanya mengurus alam dan kondisi sendiri, melainkan juga memperhatikan hak-hak hidup orang lain dan berlaku adil. Hal ini menjaga kedamaian di muka bumi serta melangsungkan keadilan adalah nilai-nilai dasar dari ajaran islam yang Rasulullah SAW ajarkan kepada umat islam.

“Dan Syu’aib berkata: “Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerusakan”. (QS. Hud [11] : 85)

Mengejar Tujuan Akhirat

Kehidupan di dunia adalah sementara. Untuk itu, dunia bukan tujuan akhir dari kehidupan manusia dan juga bukan tujuan dari penciptaan manusia untuk tinggal di bumi. Kehidupan sejati adalah di Akhirat nanti. Untuk itu Allah senantiasa menyuruh melakukan kebaikan untuk mendapatkan pahala akhirat, menyampaikan kebahagiaan surga dan penderitaan neraka, serta memotivasi di setiap ibadah dan perilaku kebaikan dengan balasan pahala. Untuk itu Allah menuntun manusia menuju akhirat dengan memberikan petunjuk agama. Fungsi agama adalah untuk menuntun manusia agar tidak terlena dengan kehidupan sementara dan senantiasa mengejar akhirat.

  1. Allah Menyuruh untuk Berlomba-lomba Mengejar Pahala Akhirat

“Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamuberada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu” (QS Al Baqarah : 148)

Dalam ayat di atas diketahui bahwasanya Allah sendiri menyuruh manusia untuk berlomba-lomba mengejar pahala akhirat dengan kebaikan. Segala kebaikan tersebut akan diganti dengan kehidupan yang sangat baik yaitu di Surga.

Untuk itu, pahala akhirat bukan hanya simbol belaka namun sebagai credit poin kehidupan manusia untuk mempersiapkannya hingga akhir hidup nanti. Allah Maha Adil untuk menghitung poin tersebut sesuai dengan perilaku manusia ketika di dunia.

  1. Segala Kebaikan akan Dibalas Pahala untuk Kehidupan Akhirat yang baik

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik[839] dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan” (QS An Nahl : 97)

Apa yang dilakukan manusia di muka bumi ini akan mendapatkan balasannya. Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan begitupun keburukan akan dibalas dengan keburukan. Untuk itu, kebaikan dan keburukan manusia semuanya bukan Allah yang menentukan, tetapi manusia itu sendiri mau memilih kehidupan akhir yang mana untuk dipertimbangkan.

Manusia yang memilih kebaikan tentu Allah dengan adil bahkan membalasnya lebih berkali lipat di akhirat kelak. Sedangkan manusia yang memilih jalan keburukan dan kemaksiatan sebaliknya akan mendapatkan siskaan yang juga sangat pedih.

Dampak Jika Manusia Tidak Tahu Tujuan Hidupnya

Manusia yang tidak tahu tujuan diciptakannya maka hidupnya akan terombang ambing dan tidak jelas arah kemana dia akan berjalan. Untuk itu, bersyuukur bagi manusia yang menyadari dan mampu menghayati tujuan hidupnya. Ia akan mengarahkan jalannya pada jalan keselamatan bukan kejahiliahan yang menyesatkan. Selain itu jika manusia tidak mengetahui tujuan hidupnya, ia akan berlaku sombong dan angkuh di muka bumi dengan aturan hidupnya sendiri. Sifat sombong dalam islam adalah sifat yang buruk dan malah akan menjerumuskan manusia, karena orang sombong tidak pernah mengevaluasi dan bertafakur.

Kredit - Islamic Base/Reduksi dalam islam

Islam

i. Melakukan “amal makruf” dan “nahi mungkar”.

ii. Menggunakan akal berlandaskan panduan al-Quran dan mengekang nafsu daripada kesesatan.

iii.Menjalikan ukhuwah Islamiyyah/ persaudaraan sejagat, konsep persamaan taraf

tanpa mengenal warna kulit atau darjat/ kedudukan seseorang.

iv. Ketinggian darjat seseorang diukur melalui ketakwaan dan keimanan kepada Allah.Berdasarkan surah Adz-Dzaariyat ayat 56 “ Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah Aku.


Barat

i. Persaingan berlandaskan kekuasaan , penindasan golongan lemah dan bawahan.

ii.Undang-undang berlandaskan akal semata-mata.

iii.Mewujudkan konsep ras, perbezaan warna kulit, status quo masyarakat/ dasar

apartheid sehingga mewujudkan pertelingkahan/peperangan dan penjajahan yang

berterusan.

iv.Mencipta konsep-konsep kapitalisme, sosialisme untuk mencapai kepuasan masyarakat.


Kejadian Manusia menurut pandangan Islam dan Barat

 



Kejadian Manusia Mengikut Perspektif Islam.

Istilah manusia dari sudut Islam/ bahasa bermaksud al-Ins, al-nas, dan al-Basyar yang merujuk manusia itu diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi. Terdapat 5 elemen kejdian manusia untuk mengerakkan tubuh iaitu jasad, roh, akal, nafsu, dan hati. 

Manusia menurut pandangan Islam 

Adam berasal daripada tanah (al-tin, al-turab, al-salsal). Manusia biasa selain Hawa dan nabi Isa, dijadikan daripada tujuh peringkat iaitu air mani, segumpul darah, seketul daging, pembentukan tulang, tulang dibalut daging, lembaga yang lengkap, ditiup roh.

Manusia menurut pandangan Barat.

Manakala pandangan Barat menyebut manusia sebagai homosapiens (bahasa Latin) yang bermaksud mamalia peringkat tertinggi.Selain itu,manusia juga

i. diklasifikasikan sebagai haiwan peringkat tertinggi.

ii.dipercayai wujud 5oo ribu tahun dahulu

Teori evolusi yang dibawa oleh Charles Darwin (1802-1889) seorang Atheis(anti tuhan) yang mengatakan kejadian manusia daripada monyet.

Permulaannya tinggal di atas pokok,kemudian

turun ke tanah.Berjalan menggunakan kaki dan tangan.Mula berdiri tegak & berjalan menggunakan kedua-dua kaki.


Al-Quran dan kejadian manusia


Pemahaman terhadap ayat berkaitan ciptaan manusia amat penting kerana Allah SWT menggunakan beberapa kalimah yang berbeza menyebabkan sebahagian orientalis cuba mengelirukan maksud dan tafsiran ayat tersebut. Ayat yang menyebut kejadian manusia adalah seperti berikut:

1. Surah Fatir ayat 11: Dan Allah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian daripada (setitis) air benih, kemudian ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan).

2. Surah Sajadah ayat 7: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakan-Nya kejadian manusia berasal daripada tanah.

3. Surah Mukminun ayat 12: Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada pati (yang berasal) daripada tanah.

4. Surah Soffat ayat 11: (setelah nyata kekuasaan kami) maka Bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada mereka (yang engkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain Yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka daripada  tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).

5. Surah al-Hijr ayat 26: Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, Yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya.

6. Surah al-Rahman ayat 14: ia menciptakan manusia (lembaga Adam) daripada tanah liat kering seperti tembikar.

Semua ayat yang berkaitan ciptaan manusia perlu dibahagi kepada dua iaitu kejadian Adam a.s dan kejadian manusia selepas Adam a.s. Jika dilihat kalimah yang digunakan ialah turab, tin, sulalah Min Tin, Tin Lazib, salsal min hamain masnun dan salsal ka al-Fakkhar.

Tujuh kalimah tersebut membawa maksud tanah tetapi mempunyai perbezaan antara satu keadaan dengan keadaan yang lain. Dan kumpulan ayat di atas adalah proses kejadian Adam a.s.

Menurut Sheikh Sy’arawi, tiada pertentangan dalam ayat-ayat kejadian manusia kerana ia adalah proses kejadian. Seumpama baju yang kamu pakai, kamu boleh kata baju ini dibuat daripada kapas, baju ini dibuat daripada bulu rusa atau baju ini dibuat daripada tenunan.

Ia semua adalah proses yang dilalui dalam terbentuknya manusia. Sama juga dengan peralihan bentuk tubuh manusia bermula dengan bayi, kanak kanak, pemuda, dewasa dan tua. Semuanya itu adalah peralihan satu tahap ke tahap manusia.

Susunan ciptaan Adam a.s bermula dengan tanah yang dipanggil turab. Kemudian dicampur dengan air maka jadilah ialah tanah liat yang dipanggil tin.

Dan tanah liat apabila kering bertukar warnanya kehitaman dipanggil hamain masnun. Akhirnya ia bertukar menjadi tanah liat yang kering seperti tembikar. Kemudian Allah SWT tiupkan ruh maka jadilah ia manusia iaitu Adam a.s.

Allah SWT mencipta malaikat daripada cahaya, kejadian syaitan daripada api dan Adam dicipta daripada tanah. Daripada sini dapat difahami bahawa semua mereka mempunyai watak yang berbeza mengikut asal kejadian.

Malaikat adalah makhluk yang suka beribadat, bertasbih dan taat adalah amat sesuai dengan kejadiannya daripada cahaya. Syaitan yang suka melakukan tipu daya, fitnah dan was-waskan orang lain amat sesuai dengan kejadiannya daripada api.

Manusia yang bersifat memakmurkan bumi, ringan tulang, mudah berkira dan ada juga yang susah berinteraksi dengan mereka, pengasar dan pelaku kejahatan adalah amat sesuai dengan kejadiannya daripada tanah.

Cahaya adalah sejenis sahaja sama seperti api yang hanya sejenis sahaja. Tetapi tanah berbeza antara tempat dengan tempat yang lain dan itulah keadaan manusia. Rasulullah SAW menegaskan bahawa: Sesungguhnya Allah mencipta Adam a.s daripada satu genggaman tanah dari seluruh bumi. Maka jadilah manusia daripada mengikut bumi tersebut.

Ada yang berwarna merah, putih, hitam dan yang lain. Begitu juga ada yang bersopan dan baik (muslim), ada yang bengis dan pengasar (bukan Islam). (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Hikmah

Hikmah yang terbesar mengapa berlaku proses penciptaan manusia dengan dalam beberapa peringkat kejadian sedangkan Allah boleh berkata kun maka jadilah Adam a.s. Hikmahnya, Allah SWT hendak membezakan kejadian semua makhluknya dengan Adam a.s yang dicipta melaluinya sendiri. Malaikat dicipta daripada tiada begitu juga jin.

Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Hai lblis! apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi?” (Sod: 75)

Selain itu ia juga memberi isyarat kepada mereka yang mendakwa Isa adalah tuhan sedangkan Allah SWT telah menyebut dalam surah Ali-‘Imran ayat 59: Sesungguhnya perbandingan kejadian Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam tanpa ayah dan ibu. Allah telah menciptakan Adam daripada tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau” maka menjadilah ia.

Hakikat kejadian manusia daripada tanah ini juga boleh memberi kesedaran dan keinsafan bagi yang ingkar dan kufur kepada Allah SWT. Peringatan ini diberikan oleh sahabat kepada pemilik kebun yang ingkar kepada Allah SWT.

Ia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Berkatalah rakannya kepadanya: Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau daripada tanah kemudian daripada air benih kemudian ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang manusia? (al-Kahfi: 37)

Kesimpulannya perbezaan penggunaan kalimah dalam kejadian manusia yang ada dalam al-Quran tidak bercanggah bahkan ia melengkapkan proses kejadian manusia.

-oleh Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohamad

Tuesday, June 1, 2021

PERBANDINGAN TEORI KEWUJUDAN MANUSIA MENURUT SARJANA ISLAM DAN BARAT.

 


PROJECT

MPU 31032

PUAN AISHAH MOHAMAD SAID

SESI 2020/2021

NAMA

NO MATRIK

NUR FATIHAH BINTI ROSNIZAM

15BMA20F3002

MUHAMAD AFIQ BIN CHE GHANI

15BMA20F3003

HARITH SYAHMI BIN AHMAD ZAPRI

15BMA20F3020

MUHAMMAD ANIEF ASRIEL BIN MOHAMAD ASRI

15BMA20F3013

 


PERBANDINGAN TEORI KEWUJUDAN MANUSIA MENURUT SARJANA ISLAM DAN BARAT.

Manusia merupakan makhluk istimewa yang wujud di mukabumi ini. Keunikan dari segi kemampuan akal yang membezakan manusia daripada makhluk lain. Wujud fahaman berbeza berkaitan falsafah asal usul kejadian manusia itu sendiri. Kajian demi kajian dilakukan bagi mencari jawapan kepada persolan mengenai asal usul manusia. 

Kejadian Manusia Mengikut Perspektif Barat.

Falsafah Kejadian Manusia dari Perspektif Ahli Falsafah Barat.



Menurut Charles Darwin, proses kejadian manusia adalah berasal daripada binatang, khususnya dari binatang yang berupa mawas manusia. Teori beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana bentuk haiwan yang simple berevolusi untuk menjadi bentuk kompleks. Beliau merumuskan pengalaman-pengalamannya bahawa semua jenis binatang berasal dari ameba, sejenis haiwan yang mempunyai satu sel.

    Dengan proses pertarungan tabbi (semula jadi), organisma yang kompleks telah dihasilkan, yang penting disini ialah Darwin percaya bahawa organisma-organisma atau spesis-spesis yang kompleks berhasil dari nenek moyang yang sama iaitu spesis yang simple. Darwin sendiri sedar bahawa rekod-rekod fosil tidak menyokong lamunannya tetapi menyimpan harapan bahawa penyelidikan seterusnya akan mengisi kekosongan tersebut.

Peringkat Kejadian Manusia menurut Teori Evolusi 



Australopithecus > Homo Eructus > Homo Sapiens (Manusia Moden)


Permasalahan & Ringkasan Teori

Penemuan Ahli Paleontologis, Steven Jay Gould
- Australopithecus, Homo Habilis & Homo Eructus menetap pada masa sama.
- Homo Sapiens Neandertal dan Moden menetap pada masa sama.

Kesimpulannya, dakwaan teori evolusi tidak mempunyai asas & bukti saintifik.


Peranan Manusia menurut Islam & Barat


Islam

i. Untuk beriman dan bertakwa kepada Allah.
ii. Menjadi khalifah di muka bumi.
iii.Mengabdikan diri kepada Allah.
iv. Menuntut keredhaan Allah sebagai “khaliq” supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
v. Mewujudkan perpaduan antara manusia.

Barat

i. Tiada penjelasan atau undang-undang atau peraturan yang jelas.
ii. Berlandaskan akal manusia semata-mata tanpa merujuk kepada hukum yang jelas.
iii.Boleh dipertikaikan khasnya dari sudut unsur roh yang tidak dapat dijawab oleh masyarakat 

Fungsi Manusia menurut Islam & Barat


Islam

i. beriman/patuh kepada suruhan Allah dan meninggalkan larangan.

ii.memakmurkan muka bumi.

iii.mengagihkan kekayaan sama rata.

iv.memelihara bumi daripada kerosakan akibat sikap rakus & tamak manusia.


Barat

i.masyarakat Barat mengutamakan unsur materialistik iaitu keuntungan kebendaan semata-mata.

ii.Mengutamakan”survival” sendiri yang mengenepikan aspek moral untuk mencapai kekayaan/kepuasan duniawi.


Kesan Mempercayai Teori Barat


  • Menolak Allah sebagai Maha Pencipta
  • Menolak kewujudan Nabi Adam sebagai manusia pertama yang dicipta.
  • Memesongkan akidah dan kepercayaan diri.
  • Merendahkan taraf keistimewaan akal manusia sebagai pemberiaan Allah.
  • Terkeluar dari Islam.

Kesimpulan

Konsep manusia sebagaimana yang disebut dalam al_Quran sangat berbeza dengan fahaman dan pegangan secular dari Barat. Al-Quran secara jelas menyatakan mengenai fungsi manusai di muka bumi yang akan diadili di alam akhirat. W/bp dalam mengabdikan diri kepada allah, manusia diseru agar seimbang mencapai kehidupan dunia dan akhirat.




Kewujudan Manusia Mengikut Pandangan Barat Secara Terperinci

  Teori Darwin Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan ya...